Make your own free website on Tripod.com
 
 
 
Untuk menjadi seorang raja mestilah berusaha seperti seorang hamba............!!! Maseye

 
 
Sekolah ku Indah

 
 
Sekolah Kebangsaan Lahar Budi 2002

 
 
Latar belakang

 
 

Komentar Pentadbir SKLB
Guru Besar
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera
Saya ingin merakankan ucapan tahniah dan syabas kepada Team Webmaster sekolah ini kerana telah melangkah maju kehadapan dengan terbinanya laman web rasmi sekolah ini. Daya usaha dan kesungguhan ini bertepatan dengan Visi sekolah. Laman web ini merupakan satu alternatif yang amat baik ke arah mencapai wawasan 2020 yang mana dengan lahirnya laman web ini akan dapat mengeratkan hubungan antara sekolah ini dengan pihak PPD Daerah Kota Setar Jabatan Pendidikan Negeri Kedah seterusnya Kementerian Pendidikan Malaysia  sebagai payung warga pendidik.  Pihak pihak yang terlibat akan dapat  melihat pembangunan dan keupayaan sekolah ini dalam menterjemahkan budaya profesionalisme pendidik dan dapat melihat pembangunan intelek kanak kanak yang belajar di sekolah ini.Apa yang lebih jauh dengan terhasilnya laman ini masyarakat dunia secara keseluruhannya akan dapat mengenali sekolah ini dengan lebih dekat.
                       Saya percaya guru guru sekolah ini memiliki banyak ilmu yang bukan hanya boleh diturunkan kepada anak murid malah boleh juga disampaikan kepada masyarakat keseluruhan.Ledakan maklumat dalam alaf baru ini membawa implikasinya terhadap kaum pelajar, guru guru serta masyarakat amnya.Perkembangan ini menuntut kaum pendidik lebih peka dan bersedia mengharungi era siber ini.Para pendidik perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat agar dapat dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekian terima kasih dan selamat bertugas

Wan Salim bin Wan Mohammod
Guru Besar


GTT (P)
Assalammualaikum WBT kepada Team Webmaster SKLB.Saya Nasharuddin bin Muhainy GTT(P) sekolah ini ingin merakamkan ucapan tahniah kepada team ini dan semua guru guru sekolah ini yang membantu menerbitkan Laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Lahar Budi tanpa sokongan anda laman web ini mungkin tidak dapat diterbitkan dan usaha ini amat dibanggakan kerana Sekolah ini telah dapat 'berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan sekolah sekolah lain yang mempunyai mempunyai kemudahan infrastruktur yang lebih canggih' walaupun sekolah ini kekurangan kemudahan IT namun projek ini dapat disiapkan dengan jayanya tahniah dan syabas saya ucapkan

Nasharuddin Muhaini
GTTP


GTTP (HEM)
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sekalong tahniah dan syabas kepada Team Webmaster Sekolah Kebangsaan Lahar Budi 05400 Alor Setar Kedah kerana dapat melahirkan laman web rasmi sekolah ini.Saya percaya dengan lahirnya laman web rasmi sekolah ini ianya  akan menjadi lebih dikenali ramai dan tentunya PPD , JPN akan menghargai usaha murni ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada team webmaster sekolah.Segala perancangan dan aktiviti murid murid akan dapat  dapat dilihat dan dipantau dengan hanya menggunakan tetikus di atas meja. Sekian terimakasih

Mansor Topil Mohammad
GTTP(HEM)
 


Assalammualaikum ...!
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada web team SKLB kerana dapat membangunkan sebuah laman rasmi sekolah  dalam era ICT ini.Walaupun sekolah ini kekurangan kemudahan peralatan dan tidak mempunyai kepakaran ICTsecara total,namun dengan kegigihan dan komitmen yang tinggi dikalangan web team   sebuah laman  dapat disiapkan  dengan jayanya dan setanding dengan laman laman web lain dari segi pembinaannya .saya percaya "pemuafakatan" yang terjalin   boleh menjayakan segalanya.itulah motto yang menjadi tunggak kejayaan kita.Syabas dan Tahniah diucapkan.Segala kekurangan dan kelemahan web ini boleh diperbaiki dari masa ke semasa asalkan web team sentiasa mengkaji,menyelidik dan belajar dari orang lain yang lebih berkemahiran penggunaan alatan bantuan seperti Java script,Applet,MySQL,php dan sebagainya harus dimantapkan lagi agar laman yang dibina bertambah kemas.saya percaya laman ini boleh dimanfaafkan oleh seluruh warga guru di seluruh Malaysia dari segi input inputnya.dan saya berharap versi Bahasa Inggeris akan dapat dibangunkan nanti.

Sekian terima kasih

BUKHAREE OMAR
GTTP(KO)
 


 
 
 
Balik Ke Laman Utama