Amal yang paling baik ialah amalan yang walaupun sedikit tetapi istiqamah....!!!! Maseye |
|
|
Sekolah Kebangsaan Lahar Budi diasaskan pada tahun 1954 sebagai sekolah rakyat ianya beroperasi sehingga tahun 1960.Sekolah ini bermula dengan tiga kelas dan mempunyai tga orang kaki tangan .Guru Besar pertama sekolah ini ialah Tn.Hj. Ahmad bin Osman,beliau dibantu oleh Tn.Hj.Mokhtar dan en Ismail.Tn Hj.Ahmad berkhidmat sebagai Guru Besar selama 19 tahun.Status sekolah ditukar kepada Sekolah kebangsaan ditukar pada tahun 1960 melalui cadangan pelawat sekolah en Idrus Hanafi dan disokong oleh ahli jawatankuasa yang terdiri dari pada : 1. En Shafie Taha 2. Tn Hj Awang bin Yaacob 3. En Yaacob bin Yusuf |
|
|
|
|
|
dan telah diubahsuai pada tahun 2001 |
|
Lahar Budi pada tahun 1954 |
"Sejarah sekolah ini dipetik oleh pengarang melalui temubual antara Guru Besar dengan Cikgu Ibrahim yang merupakan anak tempatan yang masih mengajar di sekolah Kebangsaan Lahar Budi sekarang" |
|
|
|
Bermula dengan tiga kelas dan sehingga mendapat blok A pada tahun 1984, bangunan tambahan iaitu blok C telah dibina melalui gotong royong dan siap pada tahun 1987. Sepanjang tahun 1960 hingga tahun 2000 tidak ada sebarang pembangunan yang dibekalkan, hanya projek kecil iaitu bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal Sains pada tahun 1992. Pada tahun 2001, melalui projek naik taraf beberapa projek telah dapat disiapkan. Antaranya ialah pejabat dan bilik guru, tandas guru, pintu pagar dan tembok sekolah, sistem perparitan dan mengemaskini pintu dibilik HEM, Surau, Perpustakaan, dan Bilik Media. Pada tahun 2002,
Sekolah Kebangsaan Lahar Budi telah menerima peruntukan bagi menyiapkan
sebuah Makmal Komputer dan masih dalam proses pembinaan dan dijangka akan
siap sepenuhnya penghujung tahun 2002.
Projek projek ini
akan membantu pengurusan sekolah dalam usaha menjadikan sekolah bercirikan
sekolah lima bintang.
|
|