Untuk menjadi seorang raja mestilah berusaha seperti seorang hamba............!!! Maseye |
|
|
Komentar Pentadbir SKLB
Saya ingin merakankan ucapan tahniah dan syabas kepada Team Webmaster sekolah ini kerana telah melangkah maju kehadapan dengan terbinanya laman web rasmi sekolah ini. Daya usaha dan kesungguhan ini bertepatan dengan Visi sekolah. Laman web ini merupakan satu alternatif yang amat baik ke arah mencapai wawasan 2020 yang mana dengan lahirnya laman web ini akan dapat mengeratkan hubungan antara sekolah ini dengan pihak PPD Daerah Kota Setar Jabatan Pendidikan Negeri Kedah seterusnya Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai payung warga pendidik. Pihak pihak yang terlibat akan dapat melihat pembangunan dan keupayaan sekolah ini dalam menterjemahkan budaya profesionalisme pendidik dan dapat melihat pembangunan intelek kanak kanak yang belajar di sekolah ini.Apa yang lebih jauh dengan terhasilnya laman ini masyarakat dunia secara keseluruhannya akan dapat mengenali sekolah ini dengan lebih dekat. Saya percaya guru guru sekolah ini memiliki banyak ilmu yang bukan hanya boleh diturunkan kepada anak murid malah boleh juga disampaikan kepada masyarakat keseluruhan.Ledakan maklumat dalam alaf baru ini membawa implikasinya terhadap kaum pelajar, guru guru serta masyarakat amnya.Perkembangan ini menuntut kaum pendidik lebih peka dan bersedia mengharungi era siber ini.Para pendidik perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat agar dapat dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekian terima kasih dan selamat bertugas Wan Salim bin Wan Mohammod
Nasharuddin Muhaini
Sekalong tahniah dan syabas kepada Team Webmaster Sekolah Kebangsaan Lahar Budi 05400 Alor Setar Kedah kerana dapat melahirkan laman web rasmi sekolah ini.Saya percaya dengan lahirnya laman web rasmi sekolah ini ianya akan menjadi lebih dikenali ramai dan tentunya PPD , JPN akan menghargai usaha murni ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada team webmaster sekolah.Segala perancangan dan aktiviti murid murid akan dapat dapat dilihat dan dipantau dengan hanya menggunakan tetikus di atas meja. Sekian terimakasih Mansor Topil Mohammad
Assalammualaikum ...!
Sekian terima kasih BUKHAREE OMAR
|
|