SAMA BERLINDUNG SAMA BERPAYUNG
 
 

"Adik Solehah ingin bertemu Perdana Menteri dan melawat Putra Jaya"






                    Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,mungkin inilah ungkapan terbaik untuk menterjemahkan kesengsaraan keluarga Kak Yani dan en. shukri untuk  membesarkan anak anak mereka yang seramai 7 orang itu.Rumah Kak Yani sangat usang ,masih tidak mempunyai kemudahan Asas seperti elektrik dan air bersih.Bekalan elektrik diperolehi hanya dari sambungan rumah jiran . semua ini adalah kerana Keperluan Kak Yani terhadap anak anak lebih penting dari air dan api .

                  Kak Yani pula mengidap Asma sejak 15 tahun yang lalu manakala suaminya en.Shukri tidak mempunyai pekerjaan tetap.dalam erti kata lain kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Kepayahan hidup mereka jelas tergambar bila anak anak mereka terbiar dan tidak terurus.Kerana tidak mahu melihat anak anak mewarisi penderitaannya Kak Yani menyekolahkan anaknya dengan keupayaan yang terbatas Anak anak Kak Yani seramai 7 orang ini semuanya bersekolah .Anak  sulung berusia 16 tahun bersekolah di sekolah Menengah Tokai yang jaraknya 10 Kilometer dari rumah Pergi kesekolah hanya mengharapkan ehsan rakan rakan dengan menumpang kenderaan mereka .Anak ke dua berusia 14 tahun juga bersekolah di sekolah Menengah Tokai.Anak Kak Yani yang ketiga berusia 13 tahun bersekolah di sekolah yang sama. manakala anak keempat dan ke lima bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lahar Budi dalam tahun  satu dan tahun empat.Anak ke enam dan ke tujuh masih belum bersekolah kerana usia yang masih terlalu muda.

                   Menyingkap penderitaan kanak kanak ini terutama nya adik Solehah murid tahun 4 dan adik Siti Fatimah murid tahun satu amat menghibakan semua pihak.

                   Adik Solehah sangat bertanggungjawab terhadap adiknya Siti Fatimah wang bekalan ibu jika ada dibelanjakan untuk adiknya Siti Fatimah,dia tidak sanggup membiarkan adiknya berlapar di sekolah.Kalau wang bekalan ibunya tiada maka kedua beradik ini hanya akan memandang sahaja murid murid lain makan.sering terlihat kedua beradik ini berdua duaan sahaja bila tiada wang saku.Adik Solehah sering dilihat meneguk air paip.walaupupn begitu adik Solehah dan adik Siti Fatimah tidak pernah ponteng sekolah 'Sangat mengkagumkan' adik Solehah dan adik Siti Fatimah seringkali dilihat meredah Jalan berdebu dari rumah  kesekolah sejauh 5 kilometer (satu satunya jalan perhubungan yang ada untuk ke sekolah,Jalan Ban Mada juga merupakan jalan utama penduduk kampung) kecut hati kita bila melihat kanak kanak  sekecil itu kadang kala berjalan kaki begitu jauh hanya untuk menimba ilmu.

                                                    Mungkin kerana kesedaran ingin mengubah nasib dan masa depan mereka dan tidak sanggup melihat penderitaan ibu bapa berterusan.bila ditanya adakah kedua beradik ini menyertai aktiviti aktiviti sekolah seperti perkhemahan dan lawatan mereka hanya tersenyum tanpa berkata apa apa,bila ditanya apakah mereka ingin pergi seperti murid murid lain juga tiada jawapan.Yang pasti keinginan mererka sama seperti murid murid lain namun kerana kemiskinan mereka hanya mampu mendengar rakan rakan lain bercerita pengalaman mereka sahaja.

                     Pernah seorang guru bertanya siapa yang kamu ingin temui dan mana tempat yang kamu ingin pergi adik Solehah menjawab dengan nada perlahan 'Perdana Menteri dan melawat Putra jaya'Jiwa mereka amat besar rupanya.

                   Menyedari hakikat ini beberapa orang guru telah berusaha membuat lawatan ke Putra Jaya pada 18 September 2002 ini dengan tema 'Lawatan Penyayang' menyedari perbelanjaan lawatan terlalu besar dan keupayaan kanak kanak terbatas , diharapkan usaha guru guru ini mendapatkan sumbangan orang ramai atau badan badan tertentu supaya  impian kanak kanak kurang berkemampuan ini tercapai dan impian mereka terlaksana.bagi mereka yang perihatin dan ingin menghulurkan bantuan hantarkan sumbangan anda kepada :
 
 

Persatuan Ibu Bapa Guru Guru 
Sekolah Kebangsaan Lahar Budi
05400 Alor Setar Kedah

U/P Lawatan Penyayang


 
 
 
 

                                  Pihak sekolah dan guru guru menyedari keadaan adik Solehah dan adik Siti Fatimah terus membantu,wang belanja saku diberikan oleh guru guru yang perihatin,pentadbir sekolah mengambil tindakan segera memaklumkan pada PPD dan makanan tambahan disediakan malah pengusaha kanten menyediakan makanan percuma pada waktu rehat.semua orang merasa lega kerana dapat meringankan penderitaan adik Solehah dan adik Siti Fatimah sekadar yang perlu.

                         Ketidak tentuan pendapatan en shukri pula memaksa beliau berkerja keras demi membesarkan anak anak yang memerlukan perbelanjaan sekolah dan makanan harian.Kadang kala en.Shukri mengalirkan air mata mengenangkan bila akan berakhir penderitaannya itu. mengharapkan harta,harta tiada menumpang kasih orang hanya sementara bila en . shukri terpaksa berpindah dari rumah pusaka pemberiaan Kerajaan melalui skim PPRT atas sebab sebab tertentu.

                   Kak Yani pula menghadapi kepayahan menguruskan rumahtangga kerana penyakit Asma yang dihidapinya.penyakit Asma yang dihidapinya memaksa beliau menghadkan keupayaan untuk rumahtangganya.

                    Sungguh pilu bila Bila adik Solehah memberitahu keluarganya pernah makan nasi tidak berlauk dan pernah makan Ubi Kayu berhari hari kerana tiada wang untuk membeli makanan.En Shukri  dan Kak Yani pasrah dengan keadaan itu sambil berdoa ianya segera berakhir.apa yang membanggakan kita walaupun sukar ditelan bila mana Kak Yani dan en.Shukri masih mampu tersenyum dan menyatakan penderitaannya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan kakak kanak Afganistan dan negara negara lain yang bergolak dengan peperangan.walaupun jauh disudut hati,dari sinar mata mereka membayangkan keperitan yang ditanggung. 
 
 

Dari sudut meja editor:

Kepada sesiapa yang perihatin hulurkanlah bantuan demi meringankan penderitaan adik Solehah dan keluarga :
 


Adik Solehah binti Shukri
Sekolah Kebangsaan Lahar Budi
05400 Alor Setar Kedah

a/c Number : 
Bumiputra Commerce
   0201-1029695-527



 
 
 
 
 


 
 
Balik Ke Menu Utama