Amal yang paling baik ialah amalan yang walaupun sedikit tetapi istiqamah....!!!!  Maseye

 
Guru besar Sekolah Kebangsaan Lahar Budi 2002

 
Sejarah Sekolah Kebangsaan Lahar Budi

 

           Sekolah Kebangsaan Lahar Budi diasaskan pada tahun 1954 sebagai sekolah rakyat ianya beroperasi sehingga tahun 1960.Sekolah ini bermula dengan tiga kelas dan mempunyai tga orang kaki tangan .Guru Besar pertama sekolah ini ialah Tn.Hj. Ahmad bin Osman,beliau dibantu oleh Tn.Hj.Mokhtar dan en Ismail.Tn Hj.Ahmad berkhidmat sebagai Guru Besar selama 19 tahun.Status sekolah ditukar kepada Sekolah kebangsaan ditukar pada tahun 1960 melalui cadangan pelawat sekolah en Idrus Hanafi dan disokong oleh ahli jawatankuasa yang terdiri dari pada :
           1. En Shafie Taha
           2. Tn Hj Awang bin Yaacob
           3. En Yaacob bin Yusuf

 
Sekolah Kebangsaan Lahar Budi 1954
Sekolah Kebangsaan Lahar Budi 1954

 
 
 
Bangunan Blok A 

 
 
 
Bangunan ini diambil alih oleh Tadika KEMAS
dan telah diubahsuai pada tahun 2001

 
 
 
 
Permandangan Hadapan Sekolah Kebangsaan
Lahar Budi pada tahun 1954

 
 

"Sejarah sekolah ini dipetik oleh pengarang melalui temubual antara Guru Besar dengan Cikgu Ibrahim yang merupakan anak tempatan yang masih mengajar di sekolah Kebangsaan Lahar Budi sekarang" 

Pentadbir Pentadbir Sekolah
1960 hingga 1973
Tn.Hj.Ahmad bin Osman
-
Tn.Hj.Aziz bin Khamis
-
Tn. Hj.Jaafar Mansor
15.11.1982 - 15.12.87
En.Ahmad bin Ismail
16.12.1987 - 01.07.1992
En Zainol bin Matt
01.12.1992 - 15.04.1994
En Jaffri bin Johan bin Zainuddin
16.04.1994 - 19.03.1999
Tn.Hj.Mohd Yunus bin Ismail
20.03.1999 - Sekarang 
Tn.Hj.Wan Salim bin Wan Mohammod

 
 
 
 
Pembangunan Sekolah

 

Bermula dengan tiga kelas dan sehingga mendapat blok A pada tahun 1984, bangunan tambahan iaitu blok C telah dibina melalui gotong royong dan siap pada tahun 1987. Sepanjang tahun 1960 hingga tahun 2000 tidak ada sebarang pembangunan yang dibekalkan, hanya projek kecil iaitu bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal Sains pada tahun 1992. Pada tahun 2001, melalui projek naik taraf beberapa projek telah dapat disiapkan. Antaranya ialah pejabat dan bilik guru, tandas guru, pintu pagar dan tembok sekolah, sistem perparitan dan mengemaskini pintu dibilik HEM, Surau, Perpustakaan, dan Bilik Media. 

Pada tahun 2002, Sekolah Kebangsaan Lahar Budi telah menerima peruntukan bagi menyiapkan sebuah Makmal Komputer dan masih dalam proses pembinaan dan dijangka akan siap sepenuhnya penghujung tahun 2002.
 
 

Projek Makmal Komputer

Projek projek ini akan membantu pengurusan sekolah dalam usaha menjadikan sekolah bercirikan sekolah lima bintang.
 


 
Balik Ke Laman Utama